...

Sabtu, 26 Juni 2010

puasa zhohir jeung bathin

صوم الشريعة والطريقة

PUASA SYARIAT DAN PUASA KEROHANIAAN
فأماصوم الشريعة ان يمسك عن الماكولات والمشروبات وعن الوقاع فى النهار

Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
واما صوم الطريقة فهو ان يمسك جميع أعضائه عن المحرمات والمناهى والذمائم مثل العجب وغيره ظاهرا وباطنا ليلا ونهارا فاذا فعل شيئا من هذه الفعال التى ذكرناها بطل صوم الطؤيقة فصوم الشريعة مؤقة وصوم الطريقة مؤبد فى جميع عمره
Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.
قَالَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ : رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلَّا الْجُوْعُ وَاْلعَطَشُ
Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga” .
فلذلك قيل كم من صائم مفطر وكم من مقطر صائم اى يمسك اعضاءه عن المناهى وإيذا الناس بالجوارح كما قال الله تعالى : الصوم لى وأناأجزى به وقال عليه السلام للصائم فرحتان فرحة عند الافطار وفرحة عند رؤيته رزقانا الله تعالى بفضله وكرمه ( وقال ) أهل الشريعة المراد من الافطار الاكل عند غروب الشمس ومن الرؤية رؤية الهلال ليلة العيد ( وقال ) أهل الطريقة الافطار عند دخول الجنة بالاكل بما فيها من النعيم رزقنا الله وإياكم من تلك النعم والمراد بالرؤية وهى رؤية الله تعالى يوم القيامة بنظر السر معاينة رزقنا الله وإياكم رؤيته بفضله وكرمه وأما صوم الحقيقة فهو إمساك الفؤاد مما سوى الله تعالى وإمساك السر عن محبة مشاهدة غير الله تعالى كما قال الله تعالى ( الإنسان سرى وأنا سره ) فالسر من نور الله تعالى فلا يميل إلى غير الله تعالى وليس له سوى الله تعالى محبوب ولامرغوب ولا مطلوب فى الدنيا ولا فى الأخرة فإذا وقع فى محبة غيرالله تعالى فسد صوم الحقيقة فله قضاء صومه وهو أن يرجع إلى محيته ولقائه سبحانه وتعالى فى الدنيا والآخرة كما قال الله تعالى ( الصوم لى وأنا أجزى به )
Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat”. Orang yang mengenali zahir agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan Syawal menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi hati.
Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

...